ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR
ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
OLEH : NUR ASYIKIN BINTI MOHD YASSIN (2020192310154)
: NUR HANIS QISTINA BINTI MD RAJAB (2020192310155)
KUMPULAN : G8 PPISMP
TUGASAN 3 : PERSEMBAHAN PRODUK (BERKUMPULAN)
PENSYARAH : PN. NOORIZAN BINTI BABA
PENGHARGAANBismillahhirrahmanirahim, kami amat bersyukur terhadap ilahi kerana atas segala rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan, Alhamdulillah.
Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang kami hormati iaitu Pn. Noorizan binti Baba kerana telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami dan rakan-rakan yang lain dalam menyediakan dan menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Pn. Noorizan telah menerangkan cara-cara untuk melaksanakan tugasan ini dengan sangat jelas dan mudah untuk difahami.
Kami juga ingin membuat penghargaan kepada keluarga yang turut memberikan sokongan dan bantuan dengan menyediakan kemudahan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga sangat berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan tunjuk ajar serta pertolongan.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam pembikinan tugasan kerja kursus Kemahiran Belajar ini dan melalui tugasan ini kami memperoleh banyak ilmu baharu yang sangat berguna.
Bismillahhirrahmanirahim, kami amat bersyukur terhadap ilahi kerana atas segala rezeki dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. dapat kami siapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan, Alhamdulillah.
Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang kami hormati iaitu Pn. Noorizan binti Baba kerana telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami dan rakan-rakan yang lain dalam menyediakan dan menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Pn. Noorizan telah menerangkan cara-cara untuk melaksanakan tugasan ini dengan sangat jelas dan mudah untuk difahami.
Kami juga ingin membuat penghargaan kepada keluarga yang turut memberikan sokongan dan bantuan dengan menyediakan kemudahan untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga sangat berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan tunjuk ajar serta pertolongan.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam pembikinan tugasan kerja kursus Kemahiran Belajar ini dan melalui tugasan ini kami memperoleh banyak ilmu baharu yang sangat berguna.
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR
3.0 RUMUSAN
4.0 RUJUKAN
Maklumat bermaksud data yang telah diolah ataupun yang digubal untuk makna kepada pengguna. Maklumat juga merupakan pencetusan idea, fakta, pengertian, ataupun pengetahuan yang dikemukan dengan cara yang pelbagai. Perkongsian maklumat pula diertikan sebagai proses penemuan dan mendapatkan maklumat.
Isu perkongsian maklumat pula adalah berkaitan dengan perkongsian melalui penggunaan teknologi maklumat (ICT). Perkongsian ini dilakukan melalui penggunaan internet seperti laman blog, slideshare, skype, e-mail, facebook, google scholar dan sebagainya. Hal ini biasanya digunakan dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (PdPc) dan mampu meningkatkan kemahiran dalam belajar.
2.0 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR
Tujuan perkongsian maklumat adalah untuk berkongsi maklumat atau pendapat dengan orang lain, mencari atau memperoleh maklumat atau bahan rujukan dan boleh dijadikan sebagai latihan dalam penggunaan ICT.
Teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu budaya untuk mendapatkan maklumat di mana ianya dapat di capai dengan mudah. Walaubagaimanapun, perkara ini ada kebaikan dan keburukannya.
Contoh-contoh perkongsian maklumat secara TMK ialah melalui:
Kebaikan perkongsian maklumat secara TMK:
Keburukan perkongsian maklumat secara TMK:
Isu 3: Ketepatan dan kesahihan dalam mendapatkan maklumat
Oleh itu, masyarakat sewajarnya sentiasa mengkaji dan menyelidik sama ada setiap maklumat atau perkara yang disampaikan itu tepat dan benar pada laman blog mereka. Para pelajar juga perlulah bijak dalam mencari atau berkongsi maklumat bagi mengelakkan tercetusnya isu-isu yang boleh menyebabkan berlakunya perbalahan atau perselisihan faham sekaligus menyebabkan masyarakat menjadi berpecah belah dan menzahirkan keadaan atau suasana yang dingin.
Isu 4: Perkongsian
maklumat tanpa Batasan masa atau tempat menggunakan media sosial.
Kini masyarakat gemar menggunakan medium laman sosial untuk membincangkan isu-isu terkini termasuk berkaitan pembelajaran. Platform yang popular dalam penyebaran maklumat kini adalah seperti facebook, Instagram, twitter, whatsapp dan telegram. Masyarakat kini cenderung menggunakan media sosial kini kerana teknologi telefon pintar yang membolehkan masyarakat berkongsi sesuatu dengan cepat dan mudah (Nadia Fauzi, 2017). Sebagai Contoh pelajar kini menggunakan platform atau aplikasi telegram untuk mencipta kumpulan atau laman (channel) kemudian segala maklumat berkaitan sesuatu tajuk, mata pelajaran atau perkara yang berkaitan hanya dalam kumpulan yang ditubuhkan tersebut (telegram group). Oleh itu, mereka akan mudah mencari sesuatu bahan pada saat yang diperlukan seperti mencari nota untuk persediaan menghadapi peperiksaan. Medium telegram sama juga seperti whatsapp. Maklumat-maklumat tambahan juga dapat dikongsi bersama melalui medium tersebut dengan cara dokumen, video, bergambar, audio dan sebagainya. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak berjaya kerana semuanya dihujung jari cuma rajin atau malas sahaja.
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat pelbagai perkongsian maklumat yang mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat. Penggunaan TMK dalam PdPc boleh dijalankan oleh para pendidik dan juga dalam semua matapelajaran jika individu tersebut mengetahui prosedur-prosedur pengendalian peralatan TMK dengan betul. Pengetahuan yang luas dalam bidang TMK amat penting dalam kehidupan individu lebih-lebih kita hidup di zaman yang serba canggih dan moden. Hal ini demikian kerana ianya bukan sahaja dapat menambahkan maklumat atau informasi, malahan masyarakat dapat berkongsi maklumat dan sumber melalui aplikasi-aplikasi tertentu yang terdapat dalam TMK. Oleh itu, rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui sedikit sebanyak tentang penggunaan TMK dan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya bagi memudahkan urusan mereka untuk memperoleh pelbagai maklumat dan sumber.
4.0 RUJUKAN
Ahmed Nasir. (2009). Kebaikan dan Keburukan Blog. Retrieved from :http://praktikumipgmkpm.blogspot.com/2009/08/kebaikan-dan-keburukan-blog.html
Alif Luqman. (2019). Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Blog Dalam Pendidikan. Retrieved from : https://fliphtml5.com/trbfw/ijby/basic
Fauzi, N. (2017,
Disember 18). Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia. Retrieved from
ILKAP: http://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/PMSDDTS18122017.pdf
Kemahiran Belajar. (2015). Retrieved
from Isu-isu Perkongsian Maklumat:
https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-10-penyesuaian-sosial/10-4-isu-isu-perkongsian-maklumat
Loon, M. D.
(n.d.). Isu-isu Perkongsian Maklumat. Retrieved from Emaze:
https://www.emaze.com/@AWOWIRTT
Mazidan Hussin. (2016). Kesan Plagiat. Retrieved from :https://www.scribd.com/doc/307403235/Kesan-Plagiat
Comments
Post a Comment